SHAH ALAM : Sebuah treler kontena yang terbalik di Kilometer (KM) 74.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Bentong menyebabkan pengguna laluan itu terperangkap dalam kesesakan trafik selama hampir dua jam.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, treler berkenaan didapati menutup laluan kecemasan dan lorong perlahan dalam kejadian petang Ahad itu.
Menurutnya, lorong kanan di KM 74.3 (Karak-Bentong) ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan tumpahan diesel di lokasi kejadian.
“Pengguna disarankan menggunakan laluan susur yang telah ditetapkan.
“Sila pandu dengan berhemah dan patuhi arahan petugas di lokasi,” katanya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan berhubung kemalangan yang kerap berlaku membabitkan kenderaan berat seperti lori menerusi ruangan komen di Facebook LPT.
Antaranya, pengguna dengan nama akaun Aniza Pilus berharap agar pihak berkuasa membuat pemantauan dan tidak membenarkan lori melalui lebuh raya pada hujung minggu.
“(Kepada) pihak yang berwajib, lori-lori jangan dibenarkan lalu pada hari minggu. Setiap minggu selalu sesak.
“Tol bayar, diharapkan pihak berwajib buatlah tindakan,” katanya.
Ujar Farizul Hanid pula, hampir setiap minggu dia akan menyaksikan kemalangan membabitkan lori yang dipandu dengan laju.
“Setiap minggu ada sahaja kemalangan. Lori ni memang bawa laju ke? Baru minggu lepas balik Kuantan, boleh pula duduk (bawa di) laluan kanan (dengan kelajuan) 120 km/j,” luahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 19 2023
LPT memaklumkan, lori berkenaan didapati menutup laluan kecemasan dan lorong perlahan. - Gambar/ Sinar Harian
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Polis jejaki pemandu Toyota Alphard pandu secara berbahaya di Lebuhraya Karak
Satu laporan polis telah dibuat dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Hilang kawalan, treler rempuh 8 kenderaan di Lebuhraya Karak
Akibat hilang kawalan sebuah treler merempuh lapan buah kenderaan dalam satu kemalangan di Kilometer 40, Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.
Dua maut, treler terbalik di Lebuhraya KL - Karak, Bentong
Dalam kejadian jam 9.10 malam, pemandu dan kelindan masing-masing berusia 44 dan 63 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian
Belas ihsan masih wujud! Individu berbeza latar bangsa sama-sama selamatkan anjing
Rakaman itu menerima reaksi positif daripada warganet apabila rata-rata mereka tersentuh hati melihat kasih-sayang yang ditunjukkan oleh mereka.
Tumpahan minyak di Lebuhraya Karak
Kerja-kerja pembersihan minyak dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan diserahkan kepada pihak LDP.
6 cedera dalam kemalangan dua bas ekspres
Difahamkan, salah sebuah bas hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah bas lain.
Trafik LPT lancar, balik Pantai Timur sebelum 3 Jun - Polis
Trafik dilihat masih lancar walaupun jumlah kenderaan yang melalui Tol Gombak menghala ke Pantai Timur semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Seorang maut, 42 cedera dalam kemalangan KM33.3 Lebuhraya Karak
Seorang maut, tiga cedera termasuk dua tersepit dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 33.3, Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur.
Pembalakan bukan punca banjir lumpur - Jabatan Perhutanan Pahang
Jabatan Perhutanan Pahang menafikan kegiatan pembalakan di pinggir hutan simpan Lentang sebagai punca berlaku banjir lumpur di Lebuhraya KL-Karak.